ASSALAMUALAIKUM ..
Mesti rmai antra korg yg sk men badminton kan ?? siape yg sk men badminton angkat komputer !! haha sengal .. badminton tu mmg la bez main tpi org yg ta rti men tu lain la ... lgi stu , krg kn plih raket dn blu tgkis yg elok dn ssuai tau .. itu plg pntg .. klu krg bli rket yg tli sng pts .. krg smue ni ta prlu la jdi professional klu na men badminton .. relaxx jerr .. klu klh pon ta pe la .. trime je .. tp klu bley try the best larr .. badminton adalah slh stu aktiviti drpd berskn ... ni lar tentang badminton :
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.
SEJARAH :
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]
Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.[5]
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.[6] ..
REKOD :
Pukulan yang paling bertenaga dalam sukan badminton ialah pukulan smash, yang mana ia merejam bulu tangkis dengan tajam ke arah gelanggang pihak lawan. Kelajuan maksimum bagi pukulan smash ke atas bulu tangkis berbeza berbanding sukan raket yang lain. Rekod kelajuan pukulan diukur ke atas kelajuan awal bagi bulu tangkis serta-merta selepas ia dipukul oleh raket pemain.
Pemain beregu lelaki Fu Haifeng dari China mencipta rekod dunia yang rasmi bagi pukulan smash iaitu 332 km/h (206 mph) pada 3 Jun 2005 ketika Piala Sudirman berlangsung. Pukulan smash paling pantas yang pernah direkodkan dalam acara perseorangan ialah 305 km/h (189 mph) oleh Taufik Hidayat dari Indonesia.[7] ...
SEKIAN ..
Monday, December 20, 2010
BADMINTON
Posted by Zoey at 7:14 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment